Sunday, September 27, 2009

LAKARAN KEEMPAT

Salam..

Matanya tajam memandang ke kiri dan kanan. Sesekali dia menjeling ke arah jam di dinding. 2.30! Tinggal lagi setengah jam untuknya keluar menonjolkan diri di khalayak ramai. Dia menyeka peluh di dahi. Cuba untuk menenangkan hatinya yang kian resah. Kalut!

Kau ni kenapa?Berpeluh bagai nak rak!
Kau sibuk buat apa? Kau tahu apa yang aku rasa?
Mestilah aku tahu. Malah aku lebih tahu dari kau sendiri!
Kalau kau tahu sangat, beritahu aku apa yang aku tidak tahu!

Matanya masih memandang cermin dengan rasa yang berkecamuk. Tuah! Buktikan! Kau bukan seperti yang mereka sangkakan! Jangan sampai engkau membenarkan apa yang mereka katakan!

Hei, Tuah! Kau macam tidak yakin dengan apa yang engkau lakukan! Tak usahlah engkau hendak buktikan apa-apa!
Kenapa aku perlu ikut apa yang engkau katakan? Bukankah aku yang memiliki jasad ini? Kau tidak punya hak untuk menghasut! Aku sudah cuba untuk mengumpul segala kekuatan yang ada, jangan pula kau sengaja untuk merendah-rendah kelebihan yang telah Allah kurniakan pada aku! Kau tidak ada hak!
Wah, hebat cara kau bercakap! Macam menteri pula!
Sudah! Kau sudah mula buat aku rasa muak!


Tuah masih memandang cermin. Wajahnya mempamerkan pelbagai reaksi.

No comments:

Post a Comment