Sunday, September 27, 2009

LAKARAN KETIGA

Setelah membaca sedikit sebanyak tentang perihal Hang Tuah, di mana di dalam tulisan beberapa orang penulis yang mendasarkan Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu sebagai rujukan utama menyatakan bahawa Hang Tuah dibuktikan sebagai wanita kerana :

1. Kata mereka : di Melaka terdapat perigi hang Tuah yang di mana pada zaman tersebut, sesuatu yang dimiliki oleh seseorang adalah berdasarkan status sama ada lelaki atau wanita. Hang Tuah dipercayai mempunyai perigi sendiri lantaran dia adalah seorang wanita jika diikutkan bersesuaian dengan zamannnya.

2. Kata mereka : apabila dititahkan untuk membawa Tun Teja balik dari Pahang, Hang Tuah dengan pergi dengan rela hati telah dan mudah memperdayakan Tun Teja untuk dibawa balik kerana pada pendapat mereka Hang Tuah adalah wanita. Adat mengatakan adalah sukar bagi seseorang lelaki untuk menolak seorang gadis jelita seperti Tun Teja tetapi mudah bagi Hang Tuah kerana bersesuaian dengan gender yang dimilikinya.

3. Kata mereka : Hang Tuah sangat rapat dengan Hang Jebat sehingga hanya Hang Jebat sahaja yang tahu tentang jantina Hang Tuah. Kata mereka lagi, Hang Jebat selalu mengalahkan dirinya pada Hang Tuah kerana Hang Tuah seorang wanita sedangkan dia memegang prinsip tidak akan menganiayai wanita. Oleh yang demikian, semasa pertarungannya dengan Hang Tuah, Hang Jebat mempunyai peluang berkali-kali untuk membunuh Hang Tuah ketika keris Taming sari ada di tangannya. Namun, kerana tahu bahawa Hang Tuah adalah wanita, Hang Jebat lebih rela terkorban daripada menganiayai wanita.

4. Kata mereka : Hang Jebat sangat taat kepada sultan. Namun, Hang Jebat sangat marah apabila Hang Tuah dituduh bermukah dengan dayang istana sedangkan dia tahu Hang Tuah adalah seorang wanita, masakan Hang Tuah boleh melakukan perkara sedemikian. Oleh yang demikian, Hang Jebat telah bangkit menentang sultan semata-mata untuk membela nasib kaum wanita.

5. Kata mereka : Hang Tuah diketahui oleh Bendahara sebagai seorang wanita ketika hendak membunuhnya di hutan belantara.

No comments:

Post a Comment